VISI
Melahirkan murid yang berketerampilan, berakhlak mulia dan berkeyakinan diri untuk mencari ilmu pengetahuan demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
MISI
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas serta memupuk sikap positif sebagai persediaan ke sekolah rendah.
OBJEKTIF
Pendidikan Prasekolah membolehkan murid :
- Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik
- Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi
- Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua
- Membentuk asas perkembangan ke tahap optimum dari segi intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani
- Membentuk personaliti positif dan berakhlak mulia berlandaskan ajaran Islam yang kukuh
- Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah
- Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial
- Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik
- Mempunyai daya kreativiti dan nilai estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya
No comments:
Post a Comment