TADIKA HALIMATUS SAADIAH
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
PERATURAN DAN DISIPLIN
1. Waktu Pembelajaran – 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari ( 4jam )
2. Waris (ibu bapa/penjaga yang sah) hendaklah menghantar kanak-kanak ke sekolah tepat pada pukul 7.45 pagi pada setiap hari persekolahan.
3. Waris dikehendaki menjemput semula kanak-kanak tepat pada pukul 12.00 tengahari.
4. Waris hendaklah memberi perhatian dan tindakan segera terhadap sebarang surat daripada pihak sekolah, terutamanya surat kebenaran keluar yang memerlukan tandatangan pihak waris sama ada membenar atau tidak anak-anak jagaan menghadiri sebarang aktiviti di luar sekolah.
5. Urusan membawa keluar/masuk kanak-kanak semasa persekolahan hendaklah dimaklum kepada guru dan perlu dicatat dalam Buku Pergerakan Murid.
6. Waris hendaklah memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam aktiviti gotong-royong, lawatan dan lain-lain.
7. Waris hendaklah memberi kerjasama bagi memastikan anak-anak jagaan menyiapkan kerja rumah yang diberi agar dapat dihantar pada keesokan harinya.
8. Pakaian seragam prasekolah mesti mengikut jadual yang ditetapkan.
9. Kanak-kanak prasekolah mesti memakai kasut dan sarung kaki setiap hari. Waris hendaklah menuliskan nama anak jagaannya pada kedua-dua belah kasut dan sarung kaki.
10. Waris hendaklah menyediakan sepasang selipar jepun untuk diletakkan di kelas prasekolah. Selipar ini akan dibawa balik pada akhir sesi persekolahan.
11. Waris hendaklah menyediakan 2 pasang baju / seluar untuk disimpan di kelas yang akan digunakan sekiranya berlaku kekotoran pada pakaian seragam.
12. Waris hendaklah menggalakkan kanak-kanak membuka kasut sendiri, meletakkannya di rak kasut dan menyimpan begnya sendiri di rak masing-masing apabila tiba di kelas.
13. Waktu rehat/makan adalah pada pukul 9.50 pagi tertakluk kepada keadaan.
14. Majlis Sambutan Hari Lahir adalah merupakan aktiviti kelas yang dilaksanakan 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan Oktober (Waris yang ada kelapangan dijemput bersama-sama meraikan).
15. Jika berlaku sebarang pertukaran alamat , nombor telefon dsb, sila maklumkan Pihak Pengurusan dalam kadar segera.
No comments:
Post a Comment